in

23 peserta ambil bahagian kursus jurulatih senamrobik

IMG 20230831 135724 800 x 500 pixel

KUANTAN, 31 Ogos – Seramai 23 peserta dari Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam kursus tahap satu jurulatih senamrobik anjuran Persatuan Senamrobik Malaysia.

Kursus lima hari itu bermula 26 Ogos lalu bertempat di Sekolah Panglima Perang Tengku Muhammad, Indera Mahkota.

Modul kursus disampaikan oleh Presiden Persatuan Senamrobik Malaysia, Master Trainer Makwan Bee Majid.

Edry Daniel Azli Faizal, 16 tahun turut mengambil bahagian dalam kursus jurulatih senamrobik anjuran Persatuan Senamrobik Malaysia

Pengelola kursus, Nurulhuda Abu Bakar berkata, penganjuran kursus itu adalah bagi melahirkan jurulatih senamrobik yang berilmu, berkemahiran dan mampu menarik minat komuniti dengan aktiviti senamrobik.

Antara peserta paling muda kursus itu adalah pelajar berusia 16 tahun, Edry Daniel Azli Faizal.

Dia yang meminati senamrobik dan gaya hidup sihat berharap kursus seumpama itu boleh dianjurkan lagi pada masa akan datang.- nasionalkini.my

IMG 20230831 094943 800 x 500 pixel

Keharmonian, kesejahteraan hanya boleh dicapai melalui perpaduan

IMG 20230831 184927 800 x 500 pixel

Agong, Permaisuri berangkat ke majlis santapan memperingati perwira Lahad Datu