in

Selesaikan dalam masa 7 hari atau tangguh projek – Ab Rauf

IMG 20230509 WA0008
Ab Rauf beri dua pilihan kepada pemaju projek selepas melakukan tinjauan di Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, hari ini

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 9 Mei – Segera atasi masalah dalam tempoh tujuh hari, jangan sampai ada kerosakan lebih besar, atau pembangunan projek akan ditangguhkan sementara.

Itu ketegasan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang tidak akan berkompromi terhadap kegagalan pemaju projek pembangunan kedai pejabat berhampiran Taman Muzaffar Shah, dekat Ayer Keroh di sini.

Ia selepas beliau mendapat aduan penduduk seperti laporan media semalam mengenai kebimbangan mereka terhadap keadaan cerun runtuh yang didakwa menjadi punca keretakan jalan serta kerosakan rumah sejak projek berkenaan bermula dua tahun lalu.

“Tadi saya dah terima jaminan daripada pihak pemaju yang akan memastikan bahawa langkah keselamatan dan teknikal ini dipatuhi dan mereka diberi tempoh seminggu untuk buat ‘retification’.

“Kita akan pantau permasalah ini secara harian dan kita mahu penduduk di taman ni berada dalam keadan tenang, aman dan tak resah lagi mengenai pergerakan tanah.

“Kalau berlaku kerosakan lebih besar daripada ini, kemungkinan projek ini terpaksa ditangguh sementara sehingga menemui satu jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meluangkan masa hampir satu jam meninjau aduan penduduk dan bertemu pemaju terbabit.

Semalam media melaporkan kira-kira 500 penduduk taman berkenaan yang kini diancam berisiko menjadi mangsa tanah runtuh susulan keadaan jalan di hadapan rumah mereka mulai retak yang didakwa berpunca daripada pembangunan projek kedai pejabat tiga tingkat di situ.

Menurut mereka, episod hitam itu terpaksa dilalui bersama terutamanya penduduk di Jalan Jalan Sri Raya 7 (JSR 7) JSR 4 , sejak lebih setahun yang lalu.

Ab Rauf turut mengingatkan pemaju supaya tidak mengabaikan penduduk yang terjejas akibat projek terbabit termasuk memenuhi tuntutan ganti rugi dialami akibat kerosakan rumah.

“Ada penduduk dakwa rumah mereka retak dan perlukan pembaikan jadi saya minta pemaju supaya dapatlah mereka melihat atau tuntutan ganti rugi mereka yang tidak berdepan masalah itu sebelum projek bermula,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230509 WA0007

Peserta IPR bebas kemiskinan dalam masa dua tahun

IMG 20230509 WA0016

Peluang ‘cerah’ pembangunan semula SAAS – AmInvestment