in ,

Wanita maut motosikal dirempuh kereta

2183344
Wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di kilometer 22.5, Jalan Melawi ke Kuala Besut di Tok Bali

PASIR PUTEH, 4 Mei – Wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di kilometer 22.5, Jalan Melawi ke Kuala Besut di Tok Bali di sini semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu telah menyebabkan mangsa, Nik Nasuha Nik Abdullah, 34, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA).

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Melawi, Bachok ke Kuala Besut, Terengganu.

“Setiba di lokasi kejadian, lelaki tersebut cuba memotong kenderaan lain yang berada di hadapannya. Semasa memotong berlaku pelanggaran dengan motosikal ditunggani mangsa di laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi talian 019-9386224 dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – nasionalkini.my

20230504 135608

Sedia hadapi ancaman menjelang pertabalan Raja Charles III

logo polis 2 1651832730

Polis tahan lelaki dipercayai suspek rompak emas RM1.8 juta