in

Sabar, tunggu pengumuman rasmi tarikh sambutan Aidilfitri

41670233298 TBfahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

Kuala Lumpur, 17 April – Semua umat Islam di negara ini diminta supaya bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal bagi sambutan Aidilfitri.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal hanya akan dibuat pada jam 8 malam di semua saluran rasmi Khamis ini (20 April).

Katanya, Malaysia hanya merujuk kepada pengumuman dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan bukan daripada pihak-pihak lain, menurut laporan sebuah portal.

“Jadi kalau tuan-tuan dan puan-puan terima apa-apa info (tarikh 1 Syawal), sama ada jam 6 petang, 6.30 petang atau 7 petang jangan percaya. Tunggu pengumuman rasmi. Kita tidak ikut pengumuman seperti di Arab Saudi, India atau Indonesia, kecuali kita beraya di sana.

“Kita di Malaysia akan rujuk pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. InsyaAllah saya percaya sambutan Aidilfitri akan jatuh pada satu Syawal. Jadi apa pun tak akan lari,” katanya semasa berucap pada program sumbangan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai dan berbuka puasa di PPR Sri Pantai di ibu negara semalam. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 16 at 12.52.03 PM

Senandung Raya Diana Danielle berbeza daripada kebiasaan

WhatsApp Image 2023 04 17 at 1.33.56 PM 1

Dua wanita dibogelkan sebelum dibuang ke laut kerana pusat karaoke beroperasi pada Ramadan