in

Runtuhan terowong ECRL punca tanah mendap di KLK

mendap 3
Kesan mendapan tanah mendap di Kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Punca tanah mendap di Kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dipercayai disebabkan runtuhan terowong 2 Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan katanya, kerja-kerja menimbus mendapan konkrit telah dilaksanakan sejak Selasa.

“Saya telah ke tempat kejadian dan melihat apa yang berlaku di sana dan berpuas hati kerana kerja-kerja menimbus mendapan telah dibuat dengan cepat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan JKR memaklumkan, runtuhan terowong 2 ECRL itu mengakibatkan mendapan tanah yang berada 13 meter atas permukaan terowong di laluan arah Timur lebuh raya berkenaan.

Menurut kenyataan itu, bagi pembaikan jangka panjang, satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan Kementerian Kerja Raya menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama pihak terlibat.

“Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan bawah tanah di lokasi kejadian,” jelas kenyataan itu.

Kejadian mendapan tanah menyebabkan penutupan kedua-dua arah di KM 66.1 kira-kira jam 8 malam Rabu.

LLM dalam kenyataan dimuat naik di Twitter memaklumkan, penutupan itu menyebabkan trafik sesak di kedua-dua arah. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 26 at 2.19.30 PM

Mengaku cederakan bapa guna pisau selepas ditegur hidu gam

0726rscuri 1690352440

Geng Ento Batang tumpas, tiga ahli ditahan