in , ,

Mengaku cederakan bapa guna pisau selepas ditegur hidu gam

WhatsApp Image 2023 07 26 at 2.19.30 PM
Tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mencederakan bapanya berusia 68 tahun menggunakan sebilah pisau Khamis lalu.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 26 Julai – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan bapanya berusia 68 tahun menggunakan sebilah pisau Khamis lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, pada 12 September ini sementara menunggu fakta kes diserahkan.

Difahamkan kejadian berlaku selepas tertuduh marah apabila warga emas itu menasihatinya agar tidak menghidu gam yang dikhuatiri terjerumus kepada penagihan dadah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan di jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada bapanya, Ahmad Adam, 68, menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di bahagian dapur rumah di Kampung Air Hitam, Tanjung Minyak, di sini kira-kira pukul 4.45 pagi 20 Julai lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon tarikh baharu untuk serahan fakta kes dan keputusan hukuman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam. – nasionalkini.my

IMG 20230726 131638 800 x 500 pixel

Jangan gantung bahan kempen pada aset TNB

mendap 3

Runtuhan terowong ECRL punca tanah mendap di KLK