in

Geng Ento Batang tumpas, tiga ahli ditahan

0726rscuri 1690352440
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid menunjukan peralatan mencuri motosikal susulan penahanan dua lelaki warga asing dan lelaki tempatan dikenali Geng Ento Batang C pada sidang media di IPD Petaling Jaya. Foto Harian Metro

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Ento Batang selepas tiga lelaki dalam dua operasi berasingan, Jumaat lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata,
dua lelaki berusia 33 dan 35 tahun di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Damansara di sini pada jam 12.05 tengah hari.

“Hasil siasatan lanjut, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Semenyih pada jam 1.45 petang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, modus operandi geng itu adalah mereka menggunakan pemutar skru yang diubah suai untuk dijadikan alat menghidupkan motosikal sebelum dicuri dan disembunyikan di sebuah pondok di Semenyih, Kajang

“Motosikal yang dicuri itu kemudian disembur cat baru dan ditampal pelekat lain dengan menggunakan alat pengering rambut sebelum diganti nombor pendaftaran palsu untuk dijual semula kepada warga asing dengan harga antara RM300 hingga RM700,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas peralatan mencuri iaitu pemutar skru yang diubah suai, sebilah pisau, cukai jalan, pelekat motosikal, cat semburan, pengering rambut dan telefon bimbit.

“Susulan penahanan mereka, polis merampas tujuh motosikal yang dilaporkan hilang membabitkan kerugian RM35,000,” katanya. – nasionalkini.my

mendap 3

Runtuhan terowong ECRL punca tanah mendap di KLK

363319235 592581343056367 7648945206942458974 n

Jemaah Menteri setuju naik taraf Majlis Perbandaran Klang jadi bandar raya