in

RM73.45 juta telah dibelanja untuk selenggara jalan berlubang

AA14Ph1c
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA, 2 Ogos – Kira-kira RM73.45 juta telah dibelanjakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) setakat enam bulan pertama tahun ini bagi kerja penyelenggaraan jalan persekutuan seluruh negara termasuk membaiki jalan raya berlubang.

Sinar Harian melaporkan, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu peruntukkan berkenaan membabitkan penyelenggaraan perabot jalan seperti tiang lampu dan pembahagi jalan.

“Peruntukan yang sudah dibelanjakan itu adalah sebahagian daripada RM217.8 juta yang diperuntukkan kerajaan menerusi peruntukan My Jalan bagi kerja-kerja berkenaan.

“Sebanyak 2,950 jalan berlubang sudah dibaiki sehingga 30 Jun lalu, jenis perabot jalan yang diselenggara adalah ‘guardrail’, papan tanda, garis jalan yang pudar, longkang dan pembentungan serta kerja pemotongan pokok.

“KKR sedang merangka kempen My Jalan merangkumi usaha untuk mengatasi pelbagai isu utama seperti jalan, lampu jalan, perabot jalan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar semasa mengadakan lawatan bagi memantau pengujian Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), di sini, hari ini. – nasionalkini.my

Screenshot 2023 08 02 201237

Polis tahan lapan lelaki dipercayai terlibat kes gaduh depan restoran

hm2bbass 1690980363

Pandu melulu 15KM, polis tahan lelaki positif dadah