in

Lelaki maut ditembak lapan das

logo polis 2 1651832730
Gambar hiasan

SIBU, 1 Ogos – Seorang lelaki maut dipercayai ditembak dengan lapan das tembakan di sebuah kebun di Lot 112, Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian 1.23 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sibu oleh rakan dan keluarganya namun disahkan meninggal dunia pada jam 1.55 pagi,” katanya seperti dilaporkan BH hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkipli berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua rakan lelakinya masing-masing berusia 46 dan 36 tahun ke kebun berkenaan pada 9.30 malam untuk makan malam sebelum beredar kira-kira 11.30 malam.

“Ketika rakan mangsa mengunci pintu pagar di kebun berkenaan, tiba-tiba mereka ditembak suspek yang datang dari arah bukit berhampiran.

“Seorang daripada mereka melarikan diri ke arah belukar di lereng bukit berkenaan untuk menyelamatkan diri dan selepas setengah jam kemudian, lelaki itu keluar dari kawasan belukar terbabit menemukan mangsa maut,” katanya.

Zulkipli berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemukan kelongsong peluru namun senjata api yang digunakan masih belum dikenal pasti.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – nasionalkini.my

jpn melaka

Tukar nama bayi: 23 pasangan di Melaka buat permohonan

2288769

Remaja OKU rentung dalam kebakaran rumah