in

Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik antara 10 inisiatif KPM

IMG 20230516 WA0013
Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2023 di Melaka, hari ini

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 16 Mei – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik kepada guru di seluruh negara sebagai peluang merehatkan minda terhadap beban tugas dihadapi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu adala antara 10 inisiatif yang menjadi fokus baharu kementerian sempena Sambutan Hari Guru 2023 hari ini.

Menurutnya, kesemua prakarsa itu diharap dapat membantu memperkasa kebajikan guru dan meningkatkan
kesejahteraan rakyat selain mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara.

“Program ini memberikan
potongan harga
tiket penerbangan, penginapan,
pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (Tourism
Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Airasia, Traveloka, dan Bank Rakyat.

“KPM juga akan memansuhkan kutipan sumbangan Hari Guru sejajar dengan hasrat KPM untuk memberi fokus kepada kebajikan dan mengurangkan beban
tugas guru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya
pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2023 Peringkat Kebangsaan Ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Perasmian sambutan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, inisiatif termasuklah memberi kebenaran dan kelonggaran kepada guru di semua
institusi pendidikan bawah KPM memakai baju korporat rasmi KPM bagi memberi keselesaan semasa bertugas.

“KPM bersama-sama dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) juga akan terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.

“Bagi mengatasi isu kekosongan guru dalam mata pelajaran kritikal, KPM telah memperkasakan kaedah yang lebih strategik dalam urusan pengambilan guru baharu.

“Ini termasuklah mempertingkat
sinergi dan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Melantik serta agensi pusat yang berkaitan,” katanya. – nasionalkini.my.

IMG 20230516 WA0011

Ada ‘sinar’ buat sektor sarung tangan getah

IMG 20230516 WA0015

SPRM boleh pantau dan semak pegawai KKD