in ,

Polis tahan lelaki muat naik hantaran hasutan di TikTok

logo polis 2 1651832730
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Polis menahan seorang pemilik akaun media sosial Tiktok selepas disyaki memuat naik hantaran berunsur hasutan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun itu telah ditahan di Kuala Muda, Kedah pada Sabtu.

Katanya, dalam serbuan berkenaan juga, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim.

“Suspek disyaki telah memuat naik hantaran berunsur hasutan bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu telah ditahan reman selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar menghormati institusi kehakiman negara yang dirangka kewujudannya berpandukan perlembagaan persekutuan untuk menegakkan keadilan berlandaskan undang-undang. – nasioanalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 22 at 13.52.49

“Doakan cepat sembuh, saya mahu ke sekolah semula”

WhatsApp Image 2023 05 22 at 14.56.04

Segera bina insinerator elak bau busuk sisa sampah – Ab Rauf