in

‘Perkara ini masih belum selesai’ – Sultan Selangor

359850738 660569499430626 492348395588586649 n
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kir) berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi. - Foto FB Selangor Royal Office

SHAH ALAM, 17 Julai – “Perkara ini masih belum selesai.”

Itu titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dalam satu ceramah di negeri itu yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.

Sebelum itu, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Pertemuan secara berasingan ini telah membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedahdalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.

Semalam, Muhammad Sanusi memohon ampun kepada Sultan Sarafuddin menerusi warkah kepada baginda yang diutuskan, kelmarin.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu tidak bermakna siasatan polis ke atas lebih 57 laporan yang dibuat ke atas Muhammad Sanusi dihentikan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 17 at 4.17.26 PM

Petani terselamat, pokok besar hempap rumah

03zale 1670075828

Naik taraf 436 klinik daif siap hujung tahun ini