in

Naik taraf 436 klinik daif siap hujung tahun ini

03zale 1670075828
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa

BUKIT MERTAJAM, 17 Julai – Semua projek naik taraf membabitkan 436 klinik daif di seluruh negara dijangka dapat disiaapkan menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini sudah ada projek naik taraf klinik daif yang telah siap walaupun projek berkenaan bermula Mei lepas.

“Sebanyak 436 yang klinik daif telah pihak kami kenal pasti di seluruh negara, peruntukan RM100 juta, ada projek dah mula, ada yang dah siap . Hujung tahun ini kita akan selesaikan semua,” katanya selepas merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda, daerah Seberang Perai Tengah seperti dilaporkan Berita RTM.

Klinik Kesihatan Bandar Perda ini siap pada September 2021 dan beroperasi awal tahun lalu dengan purata kedatangan seramai 500 pesakit sehari.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Pakar Pergigian, Unit Kecemasan, Unit Radiologi dan Unit Rehabilitasi.

Pada majlis sama, Zaliha juga telah meluluskan peruntukan tambahan RM150,000 untuk klinik ini bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan serta pembelian perlatan perubatan dan bukan perubatan. – nasionalkini.my

359850738 660569499430626 492348395588586649 n

‘Perkara ini masih belum selesai’ – Sultan Selangor

RazarudinHusain

Siasatan polis terhadap Sanusi hampir selesai