in ,

Dagangan Malaysia bernilai RM232.7 bilion pada Mac 2023, susut 1.6% :DOSM

Untitled design 5

KUALA LUMPUR 28 April – Jumlah dagangan Malaysia mencatatkan nilai sebanyak RM232.7 bilion pada Mac 2023, susut 1.6% tahun ke tahun, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Statistik Eksport Import Mengikut Negeri bagi Mac 2023 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan nilai eksport juga susut 1.4% kepada RM129.7 bilion manakala import turun 1.8% kepada RM103 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport lebih rendah oleh kebanyakan negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM775.6 juta) diikuti Kedah (-RM730.3 juta), Sabah (-RM651.7 juta), Pahang (-RM637.9 juta), Terengganu (-RM405.1 juta), Perak (-RM366 juta), Johor (-RM242.9 juta) dan Kelantan (-RM71 juta).

WhatsApp Image 2023 04 28 at 3.11.02 PM
Pulau Pinang, Johor dan Selangor kekal sebagai kelompok pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 70.2% daripada jumlah eksport pada Mac

Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Sarawak sebanyak RM740.6 juta diikuti Negeri Sembilan (RM369.3 juta), Wilayah Persekutuan Labuan (RM293.6 juta), Pulau Pinang (RM279.6 juta), Melaka (RM165.7 juta), Selangor (RM37.8 juta) dan Perlis (RM6.2 juta).

Prestasi import mengikut negeri pada Mac 2023 juga susut 1.8% tahun ke tahun kepada RM1.9 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Penurunan disebabkan import lebih rendah oleh kebanyakan negeri iaitu Melaka (-RM4.1 bilion), Negeri Sembilan (-RM877.6 juta), Pulau Pinang (-RM701.5 juta), Kedah (-RM559.7 juta) dan Pahang (-RM450.3 juta) manakala Selangor (-RM72.1 juta), Labuan (-RM18.9 juta) serta Sabah (-RM16.7 juta).

uzir 2
Mohd Uzir berkata, bagi import pula, Selangor menjadi penyumbang utama sebanyak 25.6%

Bagaimanapun, nilai import meningkat di Johor sebanyak RM3.8 bilion diikuti Kuala Lumpur (RM619.8 juta), Sarawak (RM262.4 juta), Terengganu (RM192 juta), Perlis (RM52 juta), Kelantan (RM26.7 juta) dan Perak (RM1.1 juta).

Pulau Pinang, Johor dan Selangor kekal sebagai kelompok pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 70.2% daripada jumlah eksport pada Mac.

Antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang muncul sebagai pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 31.9% manakala Johor (19.9%), Selangor (18.4%), Sarawak (8.2%) dan Kuala Lumpur (3.5%).

Mohd Uzir berkata, bagi import pula, Selangor menjadi penyumbang utama sebanyak 25.6% diikuti Johor (23.4%), Pulau Pinang (22.2%), Kuala Lumpur (7.5%) dan Kedah (5.2%). – nasionalkini.my

kiblat 1

Perbincangan akan dibuat selaraskan arah Kiblat

MACA RUNTUHAN

Bangunan MACA dijangka boleh digunakan semula 18 Mei