in ,

Peperiksaan SPM diawalkan, KPM akan keluar kenyataan rasmi

spm
setakat ini Kementerian Pendidikan (KPM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini KPM belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

spm
Fadhlina (lima kanan) hari merasmikan Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Foto: Kosmo

“Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi.

“Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam.

Terdahulu, media melaporkan peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.

Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.

Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu. – nasionalkini.my

MOT nafi ‘menyibuk’ dalam siasatan nahas Elmina

Penjawat awam boleh pakai batik tiap hari