in ,

Pekerja Astro ditawar VSS

astro
Astro dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, VSS itu bertujuan untuk menyokong transformasinya yang sedang dijalankan sekarang dan ia ditawarkan secara sukarela.

KUALA LUMPUR, 28 Julai –  Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) bakal melaksanakan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) untuk membolehkan syarikat itu memberi tumpuan kepada perniagaan teras dan meningkatkan prestasi kewangan dan mengurangkan perbelanjaan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Euan Smith, berkata, industri media dan hiburan kini beroperasi dalam persekitaran yang mengalami kadar gangguan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata penggiat industri dikehendaki mencipta semula dan menyesuaikan diri dengan pantas untuk kekal meraih keuntungan dan relevan dalam realiti baharu ini.

 Astro terus proaktif untuk mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran dan menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang berubah pantas.

Sehubungan itu, Astro sedang melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pengalaman pelanggan tidak akan terjejas oleh VSS terbabit.

Sebagai persiapan ke arah itu, Astro juga telah menyediakan program peralihan yang akan memberikan sokongan kepada pekerja yang memilih VSS termasuk program latihan bimbingan dan peningkatan kemahiran. -nasionalkini.my

IMG 20230728 WA0049

Sebak lihat anak dalam but kereta sambil diberi bantuan pernafasan

maki polis

Mengamuk kena saman, model cantik maki anggota polis bertugas