Kuala Lumpur 6 Mei – Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil menafikan terbabit dalam skim pelaburan patuh syariah termasuk mempromosikannya seperti poster yang tular di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mempromosikan mana-mana skim pelaburan.\
Fahmi turut memaklumkan beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan iklan palsu dan pelaburan yang berunsurkan penipuan dalam talian menerusi portal aduan di pautan https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1- nasionalkini.my