in ,

Pakej Rahmah ITTV e- Learning, pakej perintis pertama di negara ini

salehuddin ayub
Datuk Seri Salahuddin Ayub. Katanya, Pakej Rahmah ITTV e-Learning yang turut melibatkan pakej Tuisyen Rahmah itu merupakan pakej perintis di negara ini

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Pelaksanaan pakej Tuisyen Rahmah diyakini mampu memberi manfaat kepada ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terutama pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Pelancaran pakej di bawah inisiatif Payung Rahmah itu bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan tambahan kata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pakej Rahmah ITTV e-Learning yang turut melibatkan pakej Tuisyen Rahmah itu merupakan pakej perintis di negara ini dalam sektor pembelajaran dalam talian atau e-Learning sejak 2008 lalu

“Ia menyasarkan murid sekolah bermula dari Darjah Empat sehingga Tingkatan Lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Pakej itu turut melibatkan harga diskaun bermula serendah RM5 sebulan kepada murid Darjah Empat sehingga RM22 sebulan buat pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengikut subjek masing-masing,” katanya.selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, hari ini.

Pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah adalah manifestasi keprihatinan dan kasih sayang Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapat rendah dengan kerjasama rakan rakan strategik yang terlibat. -nasionalkini.my

bendera 1

Siapa 3 ‘warlord’ UMNO Johor? 

WhatsApp Image 2023 06 24 at 8.53.55 PM

Nilai semula pendirian kerajaan tak tambat ringgit, pengguna bakal jadi mangsa