in ,

Orang ramai diminta tidak terpedaya tawaran bekal katil bomba

scam phone1 1665551071

KUANTAN, 7 Ogos – Orang ramai diminta supaya tidak terpedaya dengan satu dokumen tawaran membekalkan katil dua tingkat dan tilam asrama bomba di daerah ini yang tular sejak semalam.

Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa dokumen tawaran terbabit yang diedarkan kepada pembekal perabot di daerah ini adalah palsu.

“Jabatan itu meminta pihak yang terkesan dengan dokumen terbabit melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak jabatan melalui wakil telah membuat laporan polis bersabit pemalsuan dokumen kerajaan berkenaan yang berpotensi mengelirukan pihak berkaitan dan boleh mengakibatkan kerugian kepada mereka.

“Pentadbiran ini menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan modus operandi terbaharu ‘scammer’ yang menggunakan nama agensi kerajaan untuk menipu dan memperdaya pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan laporan, JBPM Pahang menerima beberapa aduan berkenaan penularan surat ‘Tawaran Membekal Katil Dua Tingkat dan Tilam Asrama Bomba (daerah Kuantan)’ yang diedarkan kepada pembekal perabot sejak semalam. – nasionalkini.my

2297198

Bapa terlantar akibat kencing manis, anak pula hidap SLE

2297492

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kebun kelapa sawit