in

Melaka perkasa pelancongan dengan Asia Barat

IMG 20230508 WA0103
Abdul Razak (tengah) menyaksikan pertukaran MoU antara Hock Gin (dua dari kiri) dan wakil daripada agensi pelancongan Asia Barat di Melaka, hari ini.

Yusuf Shafie

MELAKA, 8 Mei – Kerajaan negeri komited untuk terus menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan utama pelancong dari Asia Barat setanding Kuala Lumpur, Langkawi, Kedah dah Pulau Pinang ketika ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia sekali gus menyaksikan angka pelancong dari Arab Saudi, Mesir, Jordan, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meningkat lebih 20 peratus menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dengan empat agensi pelancongan dari negara berkenaan.

“MoU ini juga dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM30 juta kepada sektor pelancongan Melaka pada akhir tahun hadapan sempena TMM 2024.

“Pelbagai langkah promosi sudah kita lakukan termasuklah di Arabian Travel Market (ATM) 2023 pada 30 April hingga 4 Mei lepas di Dubai yang telah mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Sebab itu, hari ini ejen-ejen Asia Barat yang berminat untuk bekerjasama dengan MATTA Melaka Chapter telah hadir untuk memeterai MoU bagi mempertingkat kerjasama dan memperluaskan jaringan pemasaran pelancongan dengan agensi pelancongan Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis MoU di sini hari ini. Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Sa’ari Basiron dan Pengerusi MATTA Melaka Chapter, Goh Hock Gin.

Mengulas lanjut Abdul Razak berkata, beliau yakin selepas ini lebih banyak kerjasama dua hala untuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan pilihan.

“Ini juga bagu menjadikan Melaka sebagai destinasi baharu buat pelancong Asia Barat yang kebiasaannya mereka akan tertumpu ke Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230508 WA0100

Malaysia, Indonesia lancar pembayaran kod QR rentas sempadan

IMG 20230508 WA0114

Ingat dapat sihat, tapi dah setahun nyawa terancam – Penduduk