in ,

Malaysia, Indonesia lancar pembayaran kod QR rentas sempadan

IMG 20230508 WA0100

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Bank Indonesia (BI) dan Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan jalinan komersial pembayaran kod QR rentas sempadan antara kedua-dua negara yang menyaksukan lebih banyak penyertaan insitusi kewangan termasuk bukan bank.

Pelancaran komersial jalinan ini adalah susulan kejayaan fasa rintis jalinan yang diumumkan pada 27 Januari 2022.

Inisiatif itu membolehkan lebih banyak rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QR Code Standard Pembayaran Nasional (QRIS) atau DuitNow QR di kedai-kedai atau secara dalam talian menggunakan perkhidmatan ditawarkan institusi kewangan terlibat.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, jalinan antara negara ASEAN kini semakin kukuh yang akan menyaksikan lebih banyak pengguna dari Malaysia dan Indonesia mendapat manfaat daripada pengalaman yang selamat, lancar dan cekap.

Katanya, ia juga akan mewujudkan potensi besar untuk merangsang kegiatan ekonomi antara kedua-dua negara, termasuk perbelanjaan pelancongan.

“Jalinan ini turut membantu memperluas pasaran sesetengah perniagaan dan memudahkan penyelesaian dalam mata wang tempatan yang lebih banyak, lantas meningkatkan hasil kewangan.

“Ini akan menjadi pelengkap kepada jalinan pembayaran dua hala antara negara ASEAN yang akan menyumbang ke arah ASEAN yang lebih teguh dan membangunkan lagi rantau ini sebagai pusat pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Gabenor BI, Perry Warjiyo berkata, jalinan pembayaran ini akan memberi manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Menurutnya, ia selaras dengan inisiatif Roadmap for Enhancing Cross Border Payments oleh G20, dan merupakan pencapaian penting bagi Indonesia selaku pengerusi ASEAN pada 2023 serta mewakili satu lagi peristiwa penting bagi Blueprint Sistem Pembayaran Indonesia 2025.

“Jalinan pembayaran ini menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membuat transaksi pembayaran rentas sempadan dan bertindak sebagai faktor penting untuk meningkatkan kecekapan serta menggalakkan ekonomi digital dan rangkuman kewangan di rantau ini,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 08 at 2.41.38 PM

Payung Rahmah : TF Value-Mart bantu ringankan beban pengguna

IMG 20230508 WA0103

Melaka perkasa pelancongan dengan Asia Barat