in ,

Lelaki kelar leher, tikam perut, tarik usus hadapi masalah psikiatrik

IMG 20230702 WA0028
Bukan saja mengelar leher sendiri, malah seorang lelaki di Taman Suria di sini bertindak menikam perutnya dan menarik keluar usus perutnya.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 2 Julai – Bukan saja mengelar leher sendiri, malah seorang lelaki di Taman Suria di sini bertindak menikam perutnya dan menarik keluar usus perutnya.

Difahamkan, lelaki yang melakukan perbuatan itu dipercayai mengalami masalah psikiatrik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu bertindak demikian pada pukul 10.53 malam, Khamis lalu.

Katanya, keadaannya ketika ini tidak stabil dan masih mendapatkan rawatan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

“Polis terima laporan berhubung kejadian itu pada hari dan waktu kejadian. Kita dapati lelaki warga tempatan itu cuba membunuh diri dengan menikam perut dan mengelar lehernya menggunakan pisau.

“Hasil siasatan polis dan pemeriksaan doktor di HSA yang merawat lelaki itu mengesyaki kejadian berlaku kerana dia dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah psikiatrik,” katanya ketika dihubungi di sini.

Raub berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang tular dalam satu rakaman video berdurasi 52 saat yang tular di media sosial, semalam.

Jelasnya, video itu memaparkan tindakan seorang lelaki didakwa cuba membunuh diri di hadapan sebuah restoran di Taman Suria, di sini.

Berdasarkan video berkenaan, lelaki itu dapat dilihat menarik keluar ususnya dalam keadaan yang lemah dan sudah terbaring di tepi jalan. – nasionalkini.my

FB IMG 1688291661053

Jentera UMNO Johor dihantar ke Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor hadapi PRN

mufti

Isu laungan azan tidak wajar dipanjangkan – Mufti P. Pinang