in ,

Jentera UMNO Johor dihantar ke Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor hadapi PRN

FB IMG 1688291661053
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di Ibu pejabat UMNO Johor, Johor Bahru.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 2 Julai – Jentera UMNO Johor akan digerakkan di 20 bahagian di Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua jentera bahagian di negeri ini akan membantu 11 bahagian Parlimen di Selangor, enam ke bahagian Parlimen di Negeri Sembilan, manakala tiga kawasan Parlimen di Terengganu.

“Pada PRN Johor tahun lalu, negeri-negeri lain datang membantu UMNO Johor. Kini, giliran UMNO Johor turun padang membantu negeri berdepan PRN kerana ia merupakan perjuangan bersama,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor di Ibu pejabat UMNO Johor di sini hari ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN dalam masa terdekat ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, jentera UMNO negeri ini akan digerakkan di kerusi yang akan ditandingi calon Barisan Nasional (BN).

“UMNO akan hantar jentera ke kawasan yang BN bertanding. Kehadiran jentera ke kawasan tersebut akan turut membantu calon daripada parti di bawah kerajaan perpaduan jika bertanding di bawah Parlimen yang sama.

“Saya percaya, mereka juga akan membantu mempertahankan rakan yang sememangnya menerima UMNO dan BN,” katanya.

Ditanya tentang pembahagian kerusi pada PRN kepada BN, Mohamed Khaled berkata, perkara itu adalah berasaskan formula yang dipersetujui semua kepimpinan parti dan segala perinciannya akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dijangka bertanding sebanyak 45 peratus daripada 245 kerusi DUN pada enam PRN, manakala baki selebihnya pula akan ditandingi Pakatan Harapan (PH). – nasionalkini.my

IMG 20230702 WA0024
IMG 20230702 WA0028

Lelaki kelar leher, tikam perut, tarik usus hadapi masalah psikiatrik