in

Lebih 81,000 kenderaan dijangka masuk ke Melaka sepanjang 2 hari sambutan Aidilfitri

51681746208 TolAyerKerohMela

MELAKA, 18 April – Kira-kira 81,550 kenderaan dijangka berada di jalan raya Melaka sepanjang dua hari pertama perayaan Aidilfitri.

Ketua Polis Negeri Datuk Zainol Samah berkata, pintu utama negeri itu juga dijangkakan menerima 48,930 kenderaan kira-kira dua hari sebelum Syawal termasuk melalui tiga tol utama memasuki negeri ini.

“Kami akan melaksanakan penguatkuasaan dan penyuraian kenderaan menerusi Op Selamat 20 dalam tempoh lapan hari bermula 20 April ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.

61670573104 ZainolSamah
Kira-kira 81,550 kenderaan dijangka berada di jalan raya Melaka sepanjang dua hari pertama perayaan Aidilfitri

“Sebanyak 22 pegawai dan 137 anggota bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan lalu lintas di Melaka dalam tempoh berkenaan berjalan lancar terutama di pintu masuk tol di negeri itu.

“Selain itu, bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut pada musim perayaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka akan meningkatkan rondaan, pemantauan serta pemeriksaan di lokasi kerap berlaku kemalangan,” katanya   kepada NasionalKini.

Dalam pada itu, polis Melaka juga turut mengenalpasti 13 lokasi panas sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dengan lima daripadanya di daerah Melaka Tengah serta masing-masing empat di Alor Gajah dan Jasin.

mlka
Polis Melaka juga turut mengenalpasti 13 lokasi panas sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan

Lokasi berkenaan adalah Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin), Jalan Umbai-Sungai Udang, Jalan Mufti Haji Khalil, Jalan Sungai Udang-Selandar, Batang Tiga/Bukit Rambai/Tanjung Minyak.

“Di Alor Gajah, lokasi terlibat ialah Jalan Rembia-Kendong, Jalan Alor Gajah-Tampin, Masjid Tanah-Bukit Sedanan, Lubok China-Hutan Percha manakala di Jasin ialah Tehel-Bemban-Chabau, Jalan Merlimau-Jasin, Jalan Serkam-Kesang Tua dan Jalan Gapam-Bemban,” katanya sambil menambah hanya 10 peratus daripada kira-kira 3,000 perjawatan di Kontinjen Melaka dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri. – NasionalKini.my

sudan

Krisis Sudan: Wisma Putra berusaha bawa pulang rakyat Malaysia

sudan 1

Hampir 200 rakyat  jadi mangsa pertempuran di Sudan