in

Laluan kontra di LPT1 diaktifkan

2273423

KUANTAN, 20 Julai – Anih Berhad telah mengaktifkan laluan kontra dari Kilometer (KM) 123.10 hingga KM 124.70 arah timur diaktifkan selama tiga bulan bermula hari ini bagi meminimumkan gangguan aliran trafik utama untuk kerja-kerja projek tebatan banjir di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Pengerusi Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pengaktifan sistem itu disebabkan beberapa skop kerja kritikal di kawasan tersebut.

“Kerja-kerja itu membabitkan penambakan laluan utama dan kawasan sekitarnya, menaikkan tahap ketinggian laluan utama, penambahbaikan menyeluruh kepada laluan air sedia ada dan pembinaan saluran air tambahan.

“Projek tebatan banjir itu dilaksanakan bagi menangani peningkatan paras sungai dan kawasan tadahan hujan yang sebelum ini menjejaskan laluan utama LPT1.

“Skop kerja ini melibatkan 14 kawasan yang telah dikenal pasti di laluan utama sepanjang lebuh raya tersebut,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tahap keselamatan dan keselesaan pengguna menjadi keutamaan pihaknya justeru pengaktifan laluan kontra itu bertujuan untuk mengurangkan gangguan trafik sepanjang projek berjalan. – nasionalkini.my

979DA55F 9EC7 4CED 9B5C 108EF2776CFE

Diana Danielle fail nusyuz terhadap Farid

ekonomi gig

300,000 pelajar lepasan SPM tidak minta sambung pengajian, selesa dengan ekonomi gig