in ,

300,000 pelajar lepasan SPM tidak minta sambung pengajian, selesa dengan ekonomi gig

ekonomi gig
Kementerian Sumber Manusia (KSM) berdepan cabaran untuk melahirkan tenaga mahir berikutan pelajar lepasan sekolah lebih berminat untuk tidak meneruskan pengajian demi masa depan.

MELAKA, 20 Julai – Kementerian Sumber Manusia (KSM) berdepan cabaran untuk melahirkan tenaga mahir berikutan pelajar lepasan sekolah lebih berminat untuk tidak meneruskan pengajian.

Timbalan Menterinya, Mustapa Sakmud berkata,keadaan berkenaan  akan mempengaruhi dan memperlahankan sasaran kementerian untuk melahirkan 35 peratus tenaga mahir menjelang 2030 memandangkan sekarang negara masih berada di tahap 28 peratus.

“Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih kurang 300,000 pelajar lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran atas beberapa faktor termasuk kemungkinan tertarik dengan ekonomi gig.

“Inilah sebenarnya yang menjadi cabaran besar kepada kita dengan pengaruh ekonomi ini telah memberi kesan kepada anak muda.

“Jadi kita mahu menjadi negara maju dengan tenaga mahir yang mencukupi supaya kita dapat menggerakkan industri-industri kita di negara ini,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak termasuk  berganding bahu bagi memberi kesedaran kepada generasi muda untuk lebih mengutamakan pendidikan termasuk menggalakkan golongan tersebut mengambil sijil kemahiran untuk masa depan yang lebih terjamin.

“Jangan hanya memikirkan jangka masa pendek saja, fikirkan yang lebih jauh. – nasionalkini.my

2273423

Laluan kontra di LPT1 diaktifkan

konsert exist 1

Exist jayakan The 90 Festival dan Konsert Hausboom Music 2023