SUBANG, 20 Julai – Pelakon Diana Danielle hari ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari.
Berita Harian melaporkan, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, tindakannya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Farid disifatkan proses biasa bagi mana-mana pasangan yang sedang berdepan kemelut rumah tangga.
“Saya terima (tuntutan nusyuz) dan bagi saya sesiapa boleh memfailkan apa yang mereka mahu, tetapi kena diikuti dengan bukti dan fakta, jadi kita akan tunggu dan lihat,” katanya
Sementara itu, Peguam Syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili berkata, tuntutan nusyuz difailkan di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.
“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan, pada masa sama pihak kita juga (Diana) turut memfailkan tuntutan balas iaitu nusyuz terhadap Farid,” katanya.
Terdahulu Shukran menetapkan 23 Ogos depan bagi sebutan semula kes nusyuz difailkan Farid terhadap Diana dengan pihak-pihak perlu memfailkan tuntutan balas dan jawapan kepada pembelaan masing-masing.
Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, peguam syarie yang mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya positif COVID-19. – nasionalkini.my