in

Kuota tambahan 1.09 juta liter petrol, diesel sempena Aidiladha

WhatsApp Image 2023 06 27 at 4.21.05 PM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) menyerahkan haiwan korban dan akikah Rahmah di Pasaraya Econsave Bakri, Muar.

Oleh Luth Adwa

MUAR, 27 Jun – Sebanyak 1.09 juta liter kuota tambahan minyak petrol dan diesel diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menampung keperluan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kuota tambahan itu melibatkan 311,000 liter petrol RON95 dan 783,000 liter diesel.

Katanya, minyak tersebut bagi keperluan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di kawasan sempadan negara, termasuk Johor Bahru.

“Sempena cuti Aidiladha sehingga Ahad ini, kita mengambil kira kemungkinan besar berlaku peningkatan penggunaan bahan api, susulan penambahan kenderaan luar biasa di jalan raya untuk pulang ke kampung dan bercuti.

“Jadi, KPDN meluluskan kuota pukal sempadan bagi bulan ini untuk diagihkan kepada tiga syarikat petrol utama, iaitu Petronas (529,000 liter petrol dan diesel), Petron (320,000 liter petrol dan diesel) dan Chevron (245,000 liter petrol dan diesel),” katanya selepas menyerahkan haiwan korban dan akikah Rahmah di Pasaraya Econsave Bakri di sini.

Salahuddin berkata, pengguna tidak perlu bimbang tentang bekalan petrol RON95 dan diesel tahun ini yang dijangka mencukupi kerana KPDN sudah membuat persiapan awal dengan meluluskan kuota tambahan.

Dianggarkan lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula hari ini untuk pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidiladha, Khamis ini.- nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 27 at 4.21.03 PM

‘Kami nak tinggal mana’

20160606 140939

Sultan Terengganu berkenan membubarkan DUN Terengganu esok