in , ,

KUIPs perlu lebih agresif capai status universiti penuh

kuips 4
Canselor KUIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah supaya menambahkan beberapa program pengajian yang kompetitif di peringkat siswazah, mahupun pascasiswazah

KANGAR, 14 Ogos – Pengurusan dan warga kerja Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) disaran lebih agresif bagi mencari penyelesaian dalam memenuhi syarat mencapai status universiti penuh.

Canselor KUIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, antara syarat yang perlu dipenuhi ialah mencapai 2,000 pelajar dalam masa terdekat.

“KUIPs juga perlu berusaha mencapai tahap lima dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dalam aspek akademik, penyelidikan, penerbitan dan tadbir urus,”titah baginda.

kuips 3
Baginda turut berkenaan menyempurnakan gimik simbolik pelancaran

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke-10 Kolej Universiti Islam (KUIPs), hari ini yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kangar.

Pada majlis sama baginda turut berkenaan menyempurnakan gimik simbolik pelancaran Logo, Kapsul Masa berserta Coffee Table Book.

Terdahulu dalam titah sambutan ulang tahun, baginda yang juga Pemangku Raja Perlis melahirkan rasa gembira dengan pencapaian yang diperolehi dan berharap pelbagai pencapaian dapat dicapai termasuk meningkatkan daya kebolehpasaran graduan yang berkualiti.

Baginda turut berharap KUIPs juga menambahkan beberapa program pengajian yang kompetitif di peringkat siswazah dan pascasiswazah.

kuips 5
Dalam titah sambutan ulang tahun, baginda melahirkan rasa gembira dengan pencapaian dan berharap pelbagai pencapaian dapat dicapai termasuk meningkatkan daya kebolehpasaran graduan yang berkualiti.

Malah tadbir urus yang baik diperlukan bagi menatapkan lagi polisi yang sedia ada terutama aspek akademik dan pentadbiran.

Sementara itu Rektor KUIPs, Prof Dr Rozaimi Ramle berkata, sejak penubuhannya pada tahun 2013 pelbagai kejayaan telah dicapai termasuk pencapaian pelajar, kakitangan dan juga diperingkat universiti.

Kerjasama yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa agensi juga dilakukan sejak penubuhan dari sebuah institusi kecil yang bermula dengan hanya 61 pelajar dan kini berkembang sehingga lebih 1,000 pelajar.

KUIPS 2
Pada majlis sama baginda turut berkenaan menyempurnakan gimik simbolik pelancaran Logo, Kapsul Masa berserta Coffee Table Book sempena 10 tahun penubuhan KUIPs

KUIPs kini mempunyai empat buah fakulti yang terdiri daripada Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Muamalat & Kewangan Islam, Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan serta Fakulti Al-Quran & Sunnah.

Selain itu turut menawarkan lebih 26 program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). – nasionalkini.my

SPRM 990x440 1

Songlap duit persatuan lebih RM200,000 pembantu PBT Terengganu ditahan

Selangor belasah Negeri Sembilan