in

KKM guna SOP Covid-19 sedia ada untuk PRN

WhatsApp Image 2023 07 20 at 12.50.08 PM
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menyempurnakan ‘flag off’ kenderaan berhias sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat kementerian di perkarangan lobi utama Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

PUTRAJAYA 20 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan COVID-19 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bagaimanapun berkata, pihaknya turut melakukan perbincangan bagi meniliti beberapa perkara sekiranya terdapat keperluan untuk menambah baik SOP sedia ada berdasarkan situasi COVID-19 terkini.

“Kita juga akan membincangkan jika ada atau jika perlu lakukan pendekatan yang lebih berbeza daripada SOP biasa.

“Kita akan berbincang dengan SPR, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi terlibat jika perlu kepada prosedur yang lain tetapi prosedur sedia ada contohnya pada pilihan raya yang lepas, mereka yang positif dibenarkan mengundi dengan pendekatan tertentu.” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan ‘flaf off’ dan perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat KKM di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Manakala hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini. – nasionalkini.my

Fokus final Piala FA, lupa masalah prestasi semasa

2272970

Tiga maut dalam insiden tembakan di Auckland