in

Kerajaan umum cuti tambahan sempena Aidilfitri

anwar

KUALA LUMPUR 18 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan sewajarnya termasuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

katanya sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat ini, hari kelepasan am terbabit ditetapkan pada Isnin depan.

“Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu ini, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh terbabit mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Tegas beliau, pelaksanaan itu berdasarkan kepada Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya kerajaan hari ini terus komited memastikan kebajikan rakyat di bawah Malaysia MADANI sentiasa terbela dalam segenap aspek.

“Diharap dengan pelbagai ikhtiar dan program khas yang dilaksanakan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat memberi seribu makna buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – nasionalkini.my

koci 1

Koci Hello Kitty dapat sambutan luar biasa, ramai yang ‘sayang’ nak jamah

sudan clashes

Rakyat Malaysia berlindung di Kompleks Petronas  Khartoum berjaya dipindahkan