Kuala Lumpur, 1 Mei – Kerajaan amat komited dalam menjamin aspek kebebasan dan media yang terbuka selain memastikan proses semak serta imbang terus subur dan berfungsi dengan baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 oleh Reporters Without Borders (RSF) menunjukkan Malaysia kini menduduki tempat ke-113 ketimbang sebelumnya pada kedudukan ke-119.
“Ini menjadikan Malaysia menduduki kedudukan yang tertinggi antara kalangan negara tetangga di ASEAN,” katanya.
Kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, di kedudukan 119 (60.53 mata).
Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di Asean, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176). – nasionalkini.my