in

Cuepacs usul kurangkan tempoh kontrak untuk lantikan tetap

bring forward this months salary payment to apr 14 cuepacs v0 e9KgektWH52axLphM5GWY7wuh4SpQiN HO I6 GXsr8
Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat

PUTRAJAYA, 1 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengusulkan agar tempoh perkhidmatan pekerja kontrak perkhidmatan awam untuk ke lantikan tetap dikurangkan dari 15 tahun ke 10 tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, ia antara usul yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat dan sekiranya diluluskan, kira-kira 30,000 kakitangan awam berstatus kontrak di pelbagai kementerian akan dapat diserapkan ke jawatan tetap.

“Sebelum ini satu dasar telah diluluskan iaitu pekerja kontrak boleh diberi jawatan tetap selepas berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas secara ‘one-off’.

“Namun, agak malang pada hari ini terdapat sebahagian pekerja yang telah melangkaui 10 tahun tempoh perkhidmatan tiba-tiba tidak disambung sedangkan masih mampu lagi berkhidmat selama lima tahun bagi mendapat lantikan tetap,” katanya.

Adnan berkata, semasa kerajaan terdahulu, terdapat juga kakitangan kontrak yang telah berkhidmat selama lebih 10 tahun yang turut dicadangkan diberi lantikan tetap secara ‘one-off’, namun tidak dilaksanakan.

“Amat tidak adil kerana kita telah menggunakan perkhidmatan mereka dan apabila tiba pada satu tarikh untuk mencapai hampir 15 tahun atau 10 tahun dan tidak dilantik… maknanya, ruang dan peluang mereka itu telah ditiadakan,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230501 WA0009

Pelancong kecewa lantai jubin Gereja St Paul pecah, mendap

FB IMG 1682925894318

Kerajaan komited jamin kebebasan, media terbuka