in ,

‘Kebebasan ini kerana kebenaran dan kasih Allah SWT kepada saya’ – Ismahalil

0717rsismahalil 1689575654
Ismahalil Hamzah (tengah) berpelukkan bersama isteri dan anaknya selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dua tahun lalu. Gambar Harian Metro

KUALA LUMPUR, 17 Julai – “Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Saya yakin, kebebasan ini adalah kerana kebenaran dan kasih sayang Allah kepada saya.”

Itu luah bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah ketika meluahkan rasa syukur kerana dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah hukuman mati di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Isma, 50, berkata, tempoh dua tahun berada di dalam penjara banyak memberi pelajaran baharu buat dirinya.

“Hampir dua tahun saya di penjara, hari ini, saya dapat rasa kebebasan dan berjumpa isteri serta anak saya. Banyak sangat saya belajar sepanjang tempoh ini.

“Tak mungkin saya dapat kongsikan dalam seminit dua di sini. Terima kasih kepada wartawan-wartawan yang menghebahkan berita sebelum ini. Itu adalah kebenaran dan hak semua orang untuk tahu. Insya-Allah, saya akan adakan majlis doa kesyukuran,” katanya.

Isma yang sebelum ini terbabit satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu berkata, kebebasan ini adalah kerana kasih sayang Allah serta doa keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – nasionalkini.my

KMI Healthcare bina hospital di Kemaman

2269545

Pemandu lori maut kemalangan