in

KDN tubuh pasukan khas tangani rakyat tanpa dokumen pengenalan

352792531 807920817368067 7159584664284391602 n
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUCHING, 24 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Sarawak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menangani isu rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di negeri itu.

Menurut Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan itu dibahagikan kepada jawatankuasa induk yang dipengerusikan secara bersama oleh beliau dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

“Jawatankuasa induk akan menentukan soal dasar berkaitan isu dokumen pengenalan diri rakyat, manakala jawatankuasa teknikal akan membuat keputusan berhubung mekanisma dan kaedah untuk menyelesaikan isu berkenaan,” katanya
pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan perangkaan dari Jabatan Premier Sarawak, sejumlah 9,314 penduduk di negeri ini telah dikenal pasti tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Kerajaan Sarawak ada pangkalan data yang memudahkan KDN untuk mengenal pasti kedudukan individu ini, dan sebagai permulaan ia memudahkan pasukan petugas khas ke lokasi tertentu untuk menyelesaikan isu yang timbul,” katanya. – nasionalkini.my

vocket mekanik jumpa objek dipercayai bahan letupan kereta siti kasim header

Polis rakam keterangan 9 saksi kes bom kereta Siti Kasim

2277791

Sibuk bertugas tidak halang 35 pegawai polis genggam ijazah