in

Polis rakam keterangan 9 saksi kes bom kereta Siti Kasim

vocket mekanik jumpa objek dipercayai bahan letupan kereta siti kasim header
Objek mencurigakan dipercayai bahan letupan ditemui di bawah kereta milik peguam Siti Kassim ketika dihantar untuk di servis di Jalan Maarof, di sini.

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Polis telah merakam keterangan sembilan orang saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan bom buatan sendiri di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim di Jalan Maarof, Bangsar di sini, Jumaat lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga telah diperoleh bagi membantu siasatan.

“Pihak polis sedang membuat penelitian ke atas setiap CCTV melibatkan tempat yang dimaklumkan oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kassim adalah bom jenis Improvised Explosive Device (IED). – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 24 at 2.27.20 PM

Hasrat ayah untuk meninggal dunia ketika masih berkhidmat untuk rakyat – anak

352792531 807920817368067 7159584664284391602 n

KDN tubuh pasukan khas tangani rakyat tanpa dokumen pengenalan