in ,

Kastam rampas 4.1 juta batang rokok putih

AFQ 2451 1
Wong Pun Sian menunjukkan rampasan rokok dan minuman keras menerusi operasi khas Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II (Selangor) pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang, Klang, Selangor, hari ini. - Gambar Utusan

KLANG, 20 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok pulih ke Australia apabila merampas sebanyak 4.1 juta batang dalam satu operasi khas pada Mei dan Jun lalu.

Dalam operasi dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II (Selangor) itu merampas rokok tersebut selepas menemukannya dalam tiga buah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang yang diikrarkan sebagai perkakasan dapur dan pelbagai barangan lain.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata, dalam operasi sama, pasukannya turut menemukan 21,840 liter minuman keras dalam sebuah kontena di Pelabuhan Utara.

Menurutnya, rampasan kedua-dua barangan yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran itu dianggarkan berharga RM329,976 dan RM87,360 masing-masing dengan nilai cukai sebanyak RM2.75 juta dan RM752,000.

“JKDM memanggil empat warga tempatan untuk siasatan. Pihak wakil syarikat ejen penghantaran ke atas kontena-kontena tersebut dipanggil memberi keterangan berkaitan kes tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kontena dengan muatan rokok dan minuman keras merupakan barangan larangan di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga/ Bahagian II dan Butiran 67, Jadual Ketiga / Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Beliau menambah, kedua-dua kes tersebut disasat di bawah AKta Kastam 1967 iaitu cubaan mengimport barang tak berkastam atau apa-apa barang larangan di bawah Seksyen 135(1) akta sama. – nasionalkini.my

photo1689840525 1689841599

Mayat buruh ladang ditemukan dengan kesan tikaman

979DA55F 9EC7 4CED 9B5C 108EF2776CFE

Diana Danielle fail nusyuz terhadap Farid