in ,

Kanak-kanak maut dalam kebakaran di Pulau Pinang

IMG 20230709 143043
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah flat di Taman Pantai Bersih di sini, awal pagi tadi.

BUTTERWORTH, 9 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah flat di Taman Pantai Bersih di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 8.29 pagi sebelum pasukan BBP Butterworth dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan bilik di sebuah rumah flat di tingkat dua dengan anggaran kemusnahan 20 peratus.

“Kebakaran sudah dipadamkan sebelum pasukan bomba tiba dan terdapat seorang mangsa yang berada di dalam bilik berkenaan telah meninggal dunia,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini. – nasionalkini.my

FB IMG 1688878114284

Polis tahan pemandu lori bertengkar sambil pegang parang

IMG 20230709 160033

KKM nafi perakui produk sarung kaki tingkat kesihatan