in

‘Kami tak mampu sediakan RM100,000’

IMG 20230628 WA0058
Pemandu treler, Zainudin Hairi sedang menerima rawatan di National Univercity Hospital Singapura.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 28 Jun – “Kami bukan orang senang, sudah cuba kumpul dapatkan bantuan daripada pelbagai sudut kini hanya terkumpul RM7,000.”

Demikian luah Nurul Amira Zainudin, 26, dan keluarganya yang buntu memikirkan soal dana lebih RM100,000 yang diperlukan untuk membawa pulang bapanya, Zainudin Hairi, 57, yang sedang menerima rawatan di National Univercity Hospital (Hospital Universiti Kebangsaan) Singapura.

Nurul Amira berkata, bapanya yang merupakan pemandu treler dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu dua hari lalu selepas pengsan ketika melakukan kerja-kerja menurunkan barang di Singapura.

“Ayah selalu keluar masuk hantar barang di Singapura, ayah kerja ini sudah lebih 20 tahun. Ketika sedang melakukan menurunkan barang di sebuah syarikat di Singapura, ayah tiba-tiba jatuh dan pengsa sebelum terus dibawa ke hospital di sana.

“Pasukan perubatan terus melakukan dua kali pembedahan sebab bila doktor buat pemeriksaan ada pendarahan dalam otak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Cerita Nurul Amira lanjut, dia dan keluarga kini buntu apabila menerima bil hospital mencecah 26,000 Dolar Singapura (RM89,960).

Katanya, pihak syarikat tempat ayahnya bekerja memaklumkan tidak dapat membantu urusan membawa Zainudin menerima rawatan di Johor.

“Mereka cakap tak dapat bantu sepenuhnya kos bil tersebut. Kami ada juga berhubung dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tetapi mereka cakap kes berlaku di Singapura, tidak dapat bantu. Sekarang kami perlu kos cecah lebih 30,000 Dolar Singapura (RM103,800) termasuk perlu guna ambulans yang ada doktor dan jururawat untuk pantau ayah, sebab sekarang pakai oksigen,” katanya.

Dia dan keluarga merayu agar orang ramai tampil membantunya sekeluarga daripada pelbagai bentuk bantuan bagi membawa bapanya pulang ke Johor dengan segera.

Mereka ingin membantu boleh menghubungi Nurul Amira di talian 0108258205 atau menerusi akaun Maybank 551025218442 (Namira Legasi Enterprise). – nasionalkini.my

IMG 20230628 WA0049

Kakak hamil dan adik angkat perempuan didakwa curi duit tabung surau

WhatsApp Image 2023 06 28 at 7.40.58 PM

Idris Jusoh sedih tinggal FELDA