in ,

Kakak rayu pulangkan duit adik tercicir atas jalan

Screenshot 2023 07 16 113201
Orang ramai membantu mengutip duit yang terjatuh dari kereta di Kampung Lak Lok, Jertih pada Rabu lalu

JERTIH, 16 Julai – “Kami berharap lebih ramai tampil memulangkan kembali wang yang mereka kutip tempoh hari dan sedikit saguhati akan diberikan.”

Itu luah Wan Mastura Wan Leh, 26, kakak kepada Wan Ibrahim, 24, yang merayu sesiapa yang terambil duit hasil titik peluh adiknya supaya memulangkan semula wang itu.

Sebelum ini Wan Ibrahim dilaporkan tercicir wang akibat terjatuh dari kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, Rabu lalu.

Memetik laporan BH, Wan Mastura berkata, mereka sekeluarga menawarkan sedikit bayaran saguhati kepada sesiapa yang dapat memulangkan kembali wang berkenaan.

“Jika diikutkan duit itu akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan kedai gunting rambutnya, namun disebabkan kejadian ini, semangatnya sedikit goyah,” katanya.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, Wan Ibrahim Wan Leh, 24, kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 diletakkan atas but keretanya, terjatuh bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, pada 11 pagi.

Kejadian berlaku apabila adiknya terlupa beg kain berisi wang tunai yang diletakkan di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang itu.

“Kami berharap mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada kami. Sesiapa pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi saya di talian 013-5395538,” katanya. – nasionalkini.my

16072023 42 3 India Chandrayaan3 pixs 2 online

India lancar roket bawa kenderaan robotik ke bulan

360155701 817726689719214 2854714873380044944 n

KPKM sasar 46,000 usahawan terlibat Jualan Agro Madani