in ,

Jumlah pengundi DUN Paya Jaras meningkat

WhatsApp Image 2023 07 03 at 9.40.15 PM 1
Penyandang ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, pemgundi telah meningkat daripada 50,000 orang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kepada 73,000 orang kini.

Aliah Ramli

SUNGAI BULOH, 3 Julai – Pengundi DUN Paya Jaras meningkat sehingga 23,000 orang berikutan pelaksanaan daftar pemilih automatik yang dilaksanakan tahun lalu.

Penyandang ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, pengundi telah meningkat daripada 50,000 orang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kepada 73,000 orang kini. 

“Daftar pemilih secara automatik ini menyebabkan peningkatan pengundi yang amat signifikan di DUN Paya Jaras. 

“Hampir 40 peratus pengundi DUN Paya Jaras terdiri mereka yang berusia antara 18 hingga 40 tahun,” katanya pada hari ini.

Beliau berkata, jentera pilihan raya daripada PH dan BN telah digerakkan untuk persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam usaha mempertahankan pentadbiran di Selangor. 

“Berdasarkan trend semasa, kita yakin dapat mempertahankan negeri Selangor, termasuk DUN Paya Jaras. 

“PH juga optimis terhadap sokongan pengundi di Selangor berdasarkan rekod baik kerajaan negeri dan hubungan baik kita dengan rakyat,” katanya. 

Dalam pada itu beliau berkata, sentiasa terbuka sekiranya namanya tidak terpilih untuk mempertahankan kerusi tersebut memandangkan senarai calon bertanding PRN Selangor belum diketahui. 

“Setakat ini rundingan agihan kerusi antara PH dan BN telah diselesaikan namun bagi soal calon belum diketahui dan belum dibincangkan buat masa ini.

“Saya serahkan nasib saya kepada pucuk pimpinan untuk menentukan sama ada saya akan dicalonkan di DUN Paya Jaras atau bertanding ke kerusi lain,” kata beliau. 

Khairuddin telah menyandang DUN Paya Jaras selama dua penggal berturut-turut.

PRU lalu menyaksikan beliau mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 12,072 undi menewaskan calon BN, Datuk Zein Isma Ismail dan Hanafi Zulkapli (PAS). – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 03 at 10.17.19 PM

Pemandu treler kongsi video lepas rindu jumpa anak di jejantas

sheikh erkima

Imam Masjid al-Aqsa dilarang keluar negara oleh Israel