in

Imam Masjid al-Aqsa dilarang keluar negara oleh Israel

sheikh erkima
Menurut kenyataan Pejabat Guaman Syeikh Dr. Ekrima Sabri larangan itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Israel semalam

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Negara haram, Israel telah mengeluarkan arahan bagi menghalang Imam Masjid al-Aqsa, Syeikh Dr. Ekrima Sabri membuat perjalanan ke luar negara selama sebulan atas dakwaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan negara tersebut.

Arahan berkenaan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Israel dan diserahkan oleh tentera pengganas Israel yang menyerbu rumah imam berkenaan di Baitulmaqdis Timur, menurut kenyataan Pejabat Guaman Syeikh Dr. Ekrima Sabri.

“Pihak Israel mahu menghalang kebenaran daripada pengetahuan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di Baitulmaqdis.

Sedangkan,  Syeikh Ekrima Sabri tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dia dilarang melakukan perjalanan, sebaliknya hanya menjalankan peranannya mewakili Masjid al-Aqsa dan isu Baitulmaqdis,” kata kenyataan berkenaan seperti dilapor Bernama.

Larangan itu dibuat selepas kempen hasutan sistematik dan berbahaya yang dikenakan terhadap beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kenyataan itu juga menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk mengambil tindakan menghentikan pendakwaan tidak adil dan pencabulan terhadap Syeikh Dr. Ekrima Sabri memandangkan status agama dan usia lanjutnya.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, tempoh larangan itu kemungkinan boleh dilanjutkan.

Syeikh Dr. Ekrima sebelum ini pernah membuat  lawatan ke Malaysia untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Palestin yang diadakan secara maya di Putrajaya, pada 17-18 Jun.

Malah beliau menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. -nasionalkini.my 

WhatsApp Image 2023 07 03 at 9.40.15 PM 1

Jumlah pengundi DUN Paya Jaras meningkat

JDT dalam kelas tersendiri