in ,

Siti Bainun jalani hukuman penjara bermula hari ini

WhatsApp Image 2023 05 03 at 9.00.01 AM
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali

Kuala Lumpur, 3 Mei – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diperintahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula hari ini selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat Hakim Izralizam Sanusi selepas menolak permohonan peguam Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf di Mahkamah Sesyen sebentar tadi.

“Permohonan tertuduh untuk penggantungan ditolak, maka mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara serta-merta,” katanya.

Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. – nasionalkini.my

344803473 140518448994134 5468606302445001223 n 1

Julea Qiestyna peroleh markah ACCA kedua tertinggi di dunia

WhatsApp Image 2023 05 03 at 3.11.44 PM

BNM buat keputusan ‘mengejut’, OPR naik kepada 3%