in

Jualan daging Rahmah diperkenal RM27 sekg, akan diperluas ke seluruh negara 

segar dua
KPDN memperkenal jualan daging Rahmah dengan harga RM27 bagi setiap kilogram daging lembu tempatan menerusi Jualan Rahmah serta Jualan Rahmah Bergerak

BUKIT MERTAJAM, 22 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan penjualan daging Rahmah  dengan harga RM27 bagi setiap kilogram daging lembu tempatan menerusi Jualan Rahmah serta Jualan Rahmah Bergerak.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, buat permulaan, pelaksanaan jualan daging Rahmah yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran itu dijalankan di tiga negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sahaja.

“Menerusi harga daging tempatan Rahmah itu, rakyat berpeluang membeli atau menikmati daging segar dengan lebih murah berbanding pasaran iaitu RM38 hingga RM41 biasanya, tawaran harga RM27 itu adalah kolaborasi antara pihak KPDN dengan sebuah syarikat ternakan iaitu Kaisar Farm.

“Kaisar Farm ini menternak lembu tempatan di ladang mereka di Chuping, Perlis dan menawarkan diskaun 15 peratus manakala pihak kerajaan menerusi KPDN pula memberikan subsidi tambahan 15 peratus lagi.

“Jadi kita boleh jual dengan harga RM27 bagi setiap kilogram daging segar tempatan dan bukan sejuk beku,” katanya

Fauziah pada masa sama berkata, KPDN turut merancang untuk memperluas jualan daging Rahmah di seluruh Semenanjung bagi membolehkan lebih ramai rakyat menikmati daging segar pada harga yang murah.

Katanya, pihaknya sedang dengan syarikat ternakan itu bagi perluaskan jualan daging Rahmah berkenana.

Sehingga kini, Fuziah juga berkata, jualan Rahmah telah dilaksanakan di 106 lokasi dari Januari hingga Julai ini, di Pulau Pinang yang membabitkan rekod jualan sebanyak RM4.038 juta. – nasionalkini.my

bayi

Bayi lelaki ditinggal atas buaian depan rumah

Piala FA kekal milik JDT