in

Jejantas di Sri Gading ada ‘penunggu’?

IMG 20230709 WA0052
Keadaan jejantas berdekatan sebuah kolej kemahiran dan pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Sri Gading seram seakan ada 'penunggu' di situ.

Oleh Luth Adwa

BATU PAHAT, 9 Julai – Selepas pukul 12 tengah malam, jejantas berdekatan sebuah kolej kemahiran dan pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Sri Gading di sini seram seakan ada ‘penunggu’ di situ.

Pelbagai kisah seram dialami penduduk ketika melalui jejantas tidak terurus itu antaranya kerap mendengar suara seperti orang sedang berbual serta jeritan wanita.

Kerana dikatakan ‘berhantu’, ramai tidak berani melalui jejantas yang dibina belasan tahun lalu itu terutama pada waktu malam.

Seorang penduduk, Zayadi Mohd Hanafiah, 59, berkata, bukan sahaja tidak terurus, malah jejantas itu terlalu sunyi terutama waktu malam kerana tidak mempunyai lampu.

Katanya, disebabkan lokasi itu seram, tiada siapa melalui jejantas tersebut terutama pada waktu malam.

“Kalau siang, saya ada juga nampak pelajar pergi sekolah, tapi tak ramai, kadang-kadang penduduk kampung berdekatan pun tak guna jejantas itu.

“Lihat keadaannya memang nampak seram kerana jejantas itu terbiar dan pembinaannya tidak strategik.

“Sepatutnya, jejantas dibina di kawasan kilang atau masjid tidak jauh dari situ. Itulah lokasi yang paling sesuai, barulah kita boleh lihat orang setiap hari melalui,” katanya. – nasionalkini.my

scam phone1 1665551071

Kerani akaun rugi RM92,540 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

pesawat berat

Pesawat terlalu berat untuk berlepas, 19 penumpang terpaksa turun