in , ,

Kerani akaun rugi RM92,540 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

scam phone1 1665551071

KUANTAN, 9 Julai – Seorang kerani rugi RM92,540 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan BARINGS yang tidak wujud melalui Facebook.

Pada 17 Mac lalu, mangsa berusia 52 tahun telah  melayari Facebook berkenaan pelaburan saham dan menekan link ke aplikasi BARINGS.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa telah memuat turun aplikasi BARINGS dan diajar cara bermain saham.

“Terpedaya dengan keuntungan yang lumayan, mangsa telah membuat 12 kali transaksi ke empat akaun bank yang berlainan dalam tempoh empat bulan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 92,540.

“Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri. Mangsa yang kerugian kemudian membuat laporan polis baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – nasionalkini.my

IMG 20230709 160033

KKM nafi perakui produk sarung kaki tingkat kesihatan

IMG 20230709 WA0052

Jejantas di Sri Gading ada ‘penunggu’?