KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Semua pihak dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan bahawa seseorang muslim itu menjadi kafir .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dakwaan seumpama itu amat berat dan tidak wajar dikeluarkan.
Tegas beliau sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
“Tindakan seperti ini (menuduh seorang muslim kafir) amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisahan dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Na’im sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut. – nasionalkini.my