in ,

Imigresen tidak akan lindungi anggota terbabit rasuah

Logo of Department of Immigration Malaysia.svg

Adam Aariz

PUTRAJAYA, 4 Julai: Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai didapati terlibat salah laku rasuah sama ada di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat imigresen seluruh negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata jika terdapat pegawai didapati bersalah, pihaknya tidak akan melindungi mereka dan akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang.

“Imigresen komited dalam menambah baik SOP untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing yang memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

30hmrslin1 1680180971
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh

Dilaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan amalan rasuah di KLIA membabitkan Jabatan Imigresen.

Jumaat lalu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengaku terlibat dalam kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA, apabila cuba campur tangan melibatkan seorang wanita warga China didakwa dihalang masuk ke Malaysia.

Tiong mendakwa, lawatannya ke lapangan terbang itu mendedahkan “budaya rasuah oleh beberapa pegawai, dan penyalahgunaan kuasa kronik”.

Dakwanya, pegawai imigresen meminta RM3,000 untuk membebaskan pengembara yang mereka tahan, dan tambahan RM3,000 jika mereka mahu pulang ke negara asal dengan segera.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, imigresen menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan tersebut kepada SPRM. -nasionalkini.my

Dr Akmal

Pemuda UMNO sasar terima 30 peratus kuota kerusi pada PRN

WhatsApp Image 2023 07 04 at 5.31.50 PM

Pertumbuhan ekonomi Pahang Barat Plus, lima tahun lagi