in , ,

IJN terus unggul, dominasi anugerah penyelidikan kardiovaskular serantau

WhatsApp Image 2026 05 12 at 10.43.21 AM

KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) membuktikan statusnya sebagai pusat kardiovaskular terulung apabila meraih pelbagai pengiktirafan berprestij pada Kongres Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) 2026, baru-baru ini.

Kejayaan merangkumi kategori kegagalan jantung, kardiologi intervensi, serta Anugerah Penyelidik Muda itu sekali gus memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab inovasi perubatan di peringkat serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Ezani Md. Taib berkata, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen IJN dalam memajukan rawatan multidisiplin menerusi penyelidikan saintifik yang impak tinggi.

“Kebanyakan kajian ini berasaskan data dunia sebenar Asia Tenggara dan hasil klinikal jangka panjang pesakit di IJN. Ini bukan sahaja sumbangan kepada sains, malah membantu membentuk pendekatan rawatan global pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara penerima anugerah utama ialah Dr. Fa’iz Mashood (Kardiologi Intervensi), Dr. Daniel Eng Theng Sheng (Kertas Saintifik Kegagalan Jantung) dan Dr. Noor Muhammad Azlan Shah bagi Anugerah Penyelidikan Kegagalan Jantung. Turut diiktiraf ialah Dr. Iskandar Mirza Amran dan Dr. Soh Si Ling.

Sementara itu, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr. Shaiful Azmi Yahaya, menegaskan budaya penyelidikan kini menjadi nadi ekosistem klinikal institusi itu bagi menterjemah pengalaman rawatan harian kepada pengetahuan yang memberi manfaat kepada pesakit.

suspek 1778540440

Remaja didakwa hari ini kes tikam penuntut kolej 61 kali

istockphoto 2165182012 612x612 1

Tafsiran T20 perlu realistik, jangan hukum golongan tinggal di bandar