in ,

Gurindam Nurani hasil bait-bait puitis gurindam, syair

IMG 20230625 WA0021
Penyelia Projek, Norhaida Ahmad (kanan) bersama Pengarah Projek, Nur Fittri Osman menunjukkan buku Gurindam Nurani di Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Menerusi bait-bait puitis dikumpul dan dikarang dalam bentuk gurindam serta syair berjaya menghasilkan buku antologi gurindam berjudul Gurindam Nurani.

Buku ini diterbitkan oleh sekumpulan penuntut yang menjadi Duta Mahasiswa Johor Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ).

Penyelia Projek, Norhaida Ahmad berkata, penulisan buku itu bertemakan puisi Melayu Tradisional:  Membina Jati Diri Bangsa.

“Gurindam Nurani ini cukup istimewa kerana ia hasil karangan para penuntut kolej sendiri yang mengikuti bengkel penulisan gurindam.

“Ia bermula dengan bengkel penulisan, pengumpulan karya, semakan dan penyelenggaraan karya dan sehingga terbitnya buku ini,” katanya pada majlis pelancaran buku tersebut di Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin di sini hari ini.

Norhaida berkata, projek tersebut hasil kerjasama pihaknya dengan Persatuan Penulis Johor (PPJ).

Buku tersebut dilancarkan oleh Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Kassim Thukiman. – nasionalkini.my

IMG 20230625 WA0020

Hospital Pasir Gudang dijangka siap dua bulan awal

IMG 20230625 WA0029

Bimbang tiap kali hujan, ibu tunggal rayu baiki bumbung bocor